Makeup ringkas untuk ke pejabat atau di waktu pagi.
Perkara yang paling asas bersihkan wajah dengan pencuci muka dan jangan dilupakan toner.Kemudian, gunakan pelembab wajah sebelum memulakan makeup. Sapukan sedikit foundation yang sesuai ke wajah, jika mahukan sapuan yang lebih licin dan rata campurkan sedikit toner ke foundation.
Pemakainan loose powder dan compact atau pressed powder
Loose powder dipakai setelah memakai alas bedak. Loose powder ini mampu menyerap minyak dan menutup pori-pori pada wajah. Pastikan tidak terlalu tebal sapuannya. Bedak tabur membuatkan wajah anda nampak lebih segar. Atau anda boleh menyapukan sedikit compact powder selepas itu.
Compact powder pula digunakan dengan atau tanpa alas bedak. Kelebihan compact powder ini ialah ia dapat menutupi lingkaran hitam.
Sapukan sedikit pemerah pipi yang berunsurkan powder.
Sapukan pembayang mata yang berunsurkan powder, pilih warna yang berunsurkan semulajadi atau warna yang sesuai dengan pakaian yang hendak digayakan. Gunakan liquid eye liner dan maskara.
Lukis lipliner dan sapukan lipstik yang sesuai dengan warna kulit dan warna pakaian yang hendak digayakan. Jangan lupa lekapkan dengan tisu untuk menampakkan kesan semula jadi. Untuk lipstik lebih tahan lama, kami telah memberikan tips pada minggu-minggu yang lalu.
Harus diingat, jangan makeup di dalam bilik yang gelap dan lampu yang malap. Jangan lupa deodrant dan perfume agar anda berbau harum sepanjang hari. Have a nice day!
Posted on February 4th, 2008 by admin with No Comments »

