
Concealer di gunakan untuk menutupi bekas jerawat terutama di bahagian pipi dan dahi. Kemudian sapukan bedak asas yang sesuai dengan warna kulit dan di ikuti dengan bedak tabur.
Warna hijau dan kuning keemasan di gunakan untuk pembayang mata. Kening di lukis dengan warna coklat muda dan eyeliner hitam di atas dan di bawah kelopak mata.
Pemerah pipi di sapukan agar solekan lebih bermaya dan nampak segar. Dan akhir sekali dengan sapuan lipstik atau lipgloss yang warna lembut. Lipgloss akan memberi kesan seksi pada bibir di samping nampak lebih segar !
Pelbagai jenama alat solek terdapat di pasaran pada masakini. Impianwanita memberi anda pelbagai pilihan alat solek/ make up yang segar dan terkini. Bukan itu sahaja, impianwanita juga akan sentiasa muncul dengan DISKAUN HEBAT untuk produk terpilih.
http://impianwanita.com/alat-solek-make-up-c-40.html
Posted on May 24th, 2008 by admin with No Comments »
Kini impianwanita telah menambah lagi senarai produk kecantikan. Produk perfume dan alat solek akan sentiasa di kemaskini dan terdapat ribuan produk baru akan di ‘update’ setiap hari.
Bukan itu sahaja, kami di impianwanita akan sentiasa memberikan diskaun-diskaun hebat yang menarik.Oleh itu sentiasalah berkunjung di sini ;).
Pelbagai jenama perfume dan alat solek/kosmetik yang terdapat di impianwanita, sila lihat senarai jenama kegemaran anda !
Jenama Adidas Jenama J. Lo
Jenama Jean Paul Gault..
Jenama Joop
Jenama Kanebo
Jenama Kate Moss
Jenama Kenneth Cole
Jenama Kenzo
Jenama Kiehl’s
Jenama Kose
Jenama L’Oreal
Jenama Lancome
Jenama Maria Sharapova
Jenama Max Factor
Jenama Miss Sixty
Jenama Origins
Jenama Paris Hilton
Jenama Paul Sebastian
Jenama Paul Smith
Jenama Pierre Cardin B..
Jenama Prada
Jenama Ralph Lauren
Jenama Shiseido
Jenama Shu Uemura
Jenama Sisley
Jenama SK II
Jenama Stila
Jenama Thierry Mugler
Jenama Valentino
Jenama Vera Wang
Jenama Versace
Jenama Victoria Secret
Jenama Von Berg
Jenama Yves Saint Lauren
Jenama Alain Delon
Jenama Alfred Sung
Jenama Anna Sui
Jenama Benetton
Jenama Biotherm
Jenama Bobbi Brown
Jenama Borghese
Jenama Bourjois
Jenama Britney Spears
Jenama Burberry
Jenama Bvlgari
Jenama Calvin Klein
Jenama Cameleon
Jenama Carolina Herrer..
Jenama Celine
Jenama Celine Dion
Jenama Chanel
Jenama Chloe
Jenama Christian Dior
Jenama Clarins
Jenama Clinique
Jenama David Beckham
Jenama Davidoff
Jenama Dermalogica
Jenama Diesel
Jenama Disney
Jenama DKNY
Jenama Dolce & Gabbana
Jenama Dunhill
Jenama Elizabeth Arden
Jenama Ellen Tracy
Jenama Escada
Jenama Esprit
Jenama Estee Lauder
Jenama Fresh
Jenama Gale Hayman
Jenama Gatineau
Jenama Giorgio Armani
Jenama Giorgio Beverly..
Jenama Givenchy
Jenama Gucci
jenama Guepard
Jenama Guerlain
Jenama Guess
Jenama Guinot
Jenama Helena Rubinste..
Jenama Hugo Boss
Jenama Iceberg
Jenama Issey Miyake |
|
Dan banyak lagi jenama terkenal….http://impianwanita.com
Posted on May 21st, 2008 by admin with 1 Comment »

Mungkin kita keliru dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam industri perfume ini. Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Contoh jenis-jenis perfume yang biasa kita dengar ialah seperti Eau De Perfume. Eau De Toilette (bukan toilet ya) perfume, parfum, cologne dan pelbagai istilah lagi. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai, hari ini saya ingin jelaskan jenis-jenis perfume yang ada supaya anda tidak keliru lagi.
Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu:
1.Perfume (parfum)
2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)
3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)
4. Cologne
1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.
2. EAU DE PARFUM (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.
3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda.
Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.
4. COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.
Diharap dengan penjelasan ini, anda sudah boleh memahami jenis-jenis pewangi. Tunggu tips yang seterusnya minggu hadapan.
Salam hormat daripada saya.
Rasyidah Hj. Omar
Posted on May 20th, 2008 by admin with No Comments »