“Happy Birthday” sayang mama Irfan

Hari ni 28 November 2008 birthday anak saya yang bongsu. Dah pun masuk 2 tahun. Dah pandai nyanyi sekarang ni. Apa yang saya nampak ifran ni sukakan muzik, mungkin persekitarannya ramai yang boleh bermain alat muzik kot… Sekarang ni dah ada keyboard, kena tunggu besar sikit mama belikan gitar pulak..

Irfan ni anak yang paling manja sekali, yelah anak bongsu katakan ; ). Tapi irfan ni ada sikit garang la….

Semua anak-anak saya lelaki, yang sulung Muhammad Farhan berumur 8 tahun, lahir pada 7/1/2001. Kedua Muhammad Danish berumur 7 tahun, lahir pada 7/6/2002 dan akhir sekali Muhammad Irfan, hari ini genap 2 tahun…(patutnya kalau semua nak no 7 kena tunggu jugak sampai 7/12 kan…..)

Pada mulanya anak no 3 ni di jangkakan seorang perempuan, memang la suka sangat, sebab dah ada 2 anak lelaki. At last masa kuar terkejut sangat rupanya anak lelaki….tapi Alhamdullilah semuanya sempurna dan selamat. Tak rasa terkilan pun, terkejut jer la….sebab nama baby girl pun dah ada… :(

Biasalah pas baby kuar nak letak nama. Tak fikir sangat pun pasal nama, terus jer letak nama Irfan…(sebab minat kat irfan khairi ..hahahahha….dan semoga berjaya macam Dr irfan jugak )

Akhir sekali sempena ‘ Happy Birthday’ i-pan

Semoga Muhammad Irfan menjadi anda yang baik, berjaya dunia & akhirat…

Mama dan Ayah sentiasa mendoakan agar semuanya berjaya !!!!!

mama sayang ipan….

Posted on November 28th, 2008 by admin with Comments Off

Tips agar Concealer tahan lama

Concealer - Bahagian 9

Setalah habis tip berkaitan dengan foundation, di sambung pula dengan pemakaian concealer. Concealer bertujuan untuk menutupi cela dan parut pada wajah agar wajah kelihatan sempurna

Tip 3

Lagi tips agar sapuan concealer lebih tahan lama. Letakan sedikit loose powder dengan campuran concealer, kemudian baru di sapukan ke wajah. Selain dari sapuan nampak lebih kemas, tahan lama ia juga akan nampak natural (serata) di kulit wajah. Wajah juga tidak nampak berkedut walaupun telah berjam-jam memakainya. Di samping itu, anda juga akan dapat menjimatkan penggunaan produk.

.

Posted on November 27th, 2008 by admin with No Comments »

Jualan Murah Christmas produk Make up

Jualan Murah make up sempena Christmas dengan diskaun sehingga 60%. Jenama yang memberi diskaun hebat ini terdiri dari jenama Anna Sui, Christian Dior, Estee Lauder, Clinique, Lancome, Shiseido, SK II, Elizabeth Arden, Biotherm dan pelbagai jenama yang lain

http://impianwanita.com/index.php?main_page=index&cPath=36_56

Posted on November 18th, 2008 by admin with No Comments »

Jualan Murah sempena “Christmas Sales”

Jualan Murah sempena “Christmas” telah bermula ….

Diskaun sehingga 65% untuk produk perfume, make up dan skincare. Lebih dari 500 jenis produk yang di beri diskaun hebat sempena “Christmas Specials”

Posted on November 13th, 2008 by admin with No Comments »