Cuti ke Pulau Tioman

Minggu cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga ‘berehat’ dari kerja & sekolah selama 3 hari 2 malam di Tioman.
Nampaknya Farhan & Danny memang bercuti sakan sampai itam legam :( . Sunblock lotion tidak dapat ‘membendung’ kulit diaorang. Tapi minggu ni…dah semakin pulih la…(hahaha kena la pulih..kalo tak maunya kena pakai ‘whitening’ cream ni)

masa sampai tu cuaca tak begitu baik - hujan laa….

farhan..danny memulakan ‘operasi menhitamkan’ diri

ni bodyguard kitaorang…kekekeke

ni plak farhan..naper la sampai jadik cam ni farhan…sian betul..macam melayang plak…

tempat penginapan kami - Salang Sayang Resort - tempat ni best, bersih dan ownernya pun baik-baik…

pemandangan waktu tengahari dan petang…kalo cuaca baik lagi cun ni..

pemandangan waktu senja…

tempat makan pulak biasanya kami makan di Restoran Salang Indah, harganya adalah standard ‘harga pulau’, tapi makanannya boleh la di katakan best jugak….boleh laa

pemandangan ‘anak’ & ‘ayah’

amacam…ok tak?????…nexttttt……. danny nak gi pulau perhentian pulak….

Posted on March 26th, 2009 by admin with No Comments »

10 wangian terbaik wanita- Joy

6. Perfume Joy adalah dari jenama Jean Patou yang di lancarkan pada tahun 1930….dah hampir 80 tahun berada di pasaran. Kata orang semakin lama produk tersebut semakin tinggi nilainya….Joy ni di katakan perfume yang mempunyai bau yang berunsur bunga-bungaan yang di proses melalui gabungan rose dan jasmine.
Mengikut kata para peminat perfume..Joy perfume ni mempunyai bau yang ‘mahal’, maknanya orang akan tahu kita memakai perfume yang mahal…

Kepada yang sukakan bau ‘fresh’ bunga ros mungkin perfume ini sesuai untuk di miliki, ianya ibarat berjalan di taman bunga yang di kelilingi ‘roses’

Posted on March 25th, 2009 by admin with No Comments »

Kategori Perfume

Kategori Perfume

Perfume terbahagi kepada beberapa kategori yang mungkin kita keliru dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam industri perfume ini. Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Contoh jenis-jenis perfume yang biasa kita dengar ialah seperti Eau De Perfume, Eau De Toilette (bukan toilet ya), perfume, parfum, cologne dan pelbagai istilah lagi. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai, saya akan kongsikan jenis-jenis perfume yang terdapat di pasaran supaya
tidak keliru lagi.

Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu
1. Perfume (parfum)
2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)
3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)
4. Cologne

1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Oleh itu harganya juga adalah yang paling mahal.

2. EAU DE PERFUME (EAU DE PARFUM -EDP)
Eau de Parfume mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfume. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfume atau eau de perfume tadi tetapi ia sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda.

Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.

4. COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada kadar campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Diharap dengan penjelasan ini, bolehlah memberi sedikit info sebelum membeli sebarang jenis wangian.

Posted on March 7th, 2009 by admin with No Comments »

10 wangian terbaik wanita - Mitsouko

4. Mitsouko juga perfume dari jenama Guerlain. Namanya seakan-akan nama jepun, tapi tak der kena mengena pun dengan jepun. Di lancarkan pada tahun 1919….lagi la lama.. 90 tahun dah berada di pasaran, walaupun ada pelbagai perfume yang lebih moden, tapi Mitsouko tetap ada peminatnya yang tersendiri.

Dengan gabungan bergamot, jasmine, rose, peach, oak moss, pepper, cinnamon, dan vetiver…. Biasanya perfume klasik ni tahan lebih lama…kenapa yer?.Selain itu semakin lama di pakai perfume ini, si pemakai akan kekal harum dan harumannya menjadi lebih sedap lagi !….boleh cuba perfume ni….

Biasanya perfume-perfume klasik ni lebih kepada haruaman ‘floral’, zaman telah berubah,citarasa haruman turut berubah jugak !!

Posted on March 5th, 2009 by admin with No Comments »