Kategori haruman Perfume

Chypre / Cyprus

Aroma ini terbentuk dari gabungan bargamot, oakmoss, dan labdanum, apricot dan custard. Jika perfume tersebut mempunyai gabungan berikut maka perfume itu boleh di klasifikasikan sebagai perfume yang lembut, romantik dan dikenali sebagai ’sweet fragrance’
contoh : Paris Hilton Eau De Parfum Spray

Woody

Aroma ini didominasi dari aroma kayu/pepohonan. Gabungan Sandalwood dan Cedar. Gabungan ini memberikan haruman yang agak kuat dan maskulin. Kepada yang gemarkan sesuatu yang extreme, serius, independent amat sesuai dengan perfume ini

Citrus

Aroma dari Citrus ini amat biasa didapati pada perfume. Gabungan lemon, tangerine, clementine dan grapefruits boleh diandaikan sebagai haruman citrus. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai haruman yang segar dan aktif.

Oriental/Ambers

Aroma Ambers merupakan campuran dari vanilla, bunga-bungaan, wood, dicampur dengan minyak camphorous. Gabungan exotic ini sesuai bagi yang romantik tapi mengekalkan unsur maskulin.

Fougere

Aroma yang berunsur lavender, coumarin, dan oakmoss. Dengan gabungan wangian rempah dan wood. Perfume dari jenis ini sedikit konvensional, namum mempunyai kelas yang tersendiri. Ianya merupakan wangian yang lembut.

Posted on November 19th, 2009 by admin with No Comments »

Coffret Sales…Perfume Berjenama

COFFRET SALES dari 35% ke 65%. Christmas sales lebih tertumpu kepada gift set perfume unutk lelaki dan wanita. Dengan diskaun mencecah sehingga 65% pembelian di waktu ini adalah lebih menjimatkan untuk pengemar perfume.

Melebihi 600 produk perfume & make up yang menawarkan diskaun pada Christmas Sales 2009. Christmas Sales di http://www.impianwanita.com akan berakhir pada 31 Disember 2009, tetapi seperti biasa produk sales akan silih berganti setiap minggu…

tips solekan dan kecantikan
http://wanita.impianwanita.com

Posted on November 16th, 2009 by admin with No Comments »

Perfume branded - Jenama Calvin Klein

ermmm…hari ni nak review jenama Calvin Klein pula. Calvin Klein adalah perfume ‘otai’ juga….Dengan diungguli dari Ck one yang di lancarkan pada tahun 1994…memang tak dapat dinafikan CK one adalah perfume sepanjang zaman, dengan haruman citrus…fresh dah yang pasti longlasting

Di sepanjang Christmas Sales ini, CK One Eau De Toilette Spray - 200ml/6.7oz dengan harga asal RM225.00 dan selepas diskaun 38% off RM140.00 adalah amat murah.

CK BE for men launch pada tahun 1996, merupakan haruman yang ‘clean fresh’, juga menawarkan diskaun yang banyak iaitu - CK Be Eau De Toilette Spray - 200ml/6.7oz dari harga RM 225.00 ke RM 140 iaitu diskaun sebanyak 38% , memang berbaloi-baloi..

Selain itu perfume Calvin Klein yang harus dicuba antaranya…..for women
Euphoria dan Euphoria Blossom mempunyai haruaman yang soft…tahan lama…, manakala haruman untuk lelaki pula boleh mencuba Crave.Escape, Contradiction dan Euphoria for men….

Posted on November 6th, 2009 by admin with 1 Comment »

Perfume Branded - Jenama Bvlgari

Jenama Bvlgari adalah merupakan jenama yang agak ‘gah’ di Malaysia. Christmas Sales kali ini menawarkan pelbagai perfume dari jenama Bvlgari.

Review dimulakan dengan Aqva Pour Homme, perfume yang launch pada 2005 . Dengan design botol yang agak menarik, Aqva Pour homme ini diandaikan sebagai perfume yang maskulin, mengoda dan berbau segar. Gabungan dari mandarin, santolina, posidonia, dan amber. Sesuai dipakai ketika aktiviti lasak dan harumannya adalah berkekalan.

Jualan Murah kali ini sehingga diskaun 46%

Selain dari Aqva Pour Homme boleh mencuba Bvlgari Pour Homme , dilancarkan pada 1995, Bvlagari Pour Homme ini di klasifikasikan sebagai perfume yang berbau segar, fruity perfume, ketimuran, dan woody perfume…Perfume maskulin ini di proses dari gabungan rosewood, pepper, musk, dan tea. Sesuai dipakai ke pejabat dan aktiviti santai. Ia juga adalah perfume yang tahan lama. Perfume ini sales sehingga 46% pada minggu ini…

Posted on November 5th, 2009 by admin with 1 Comment »