Perfume Branded - Sarah Jessica Parker

Hari ini saya akan review Perfume branded dari Jenama Sarah Jessica Parker. Serba sedikt mengenai Sarah Jessica Parker, beliau lahir pada 25 Mac 1965 dan merupakan seorang selebriti.

Dimulakan dengan LOVELY yang dilancarkan pada tahun 2005. Ia merupakan perfume yang ‘gorgeous’ hasil dari gabungan

di bahagian atas
Lavender, Bergamot, Mandarin.

di pertengahannya
Apple Martini, Rosewood, Paperwhites, Orchid.

dan di akhiri dengan hasil gabungan
Patchouli, Musk, Cedar, Amber, Woods.

Semburan pertama bukanlah haruman sebenar LOVELY, selepas 10 minit hasil semburan adalah bau sebenar LOVELY.

Covet pula di lancarkan pada tahun 2007

di atasnya hasil gabungan
wet greens, geranium leaves, sicilian lemon, lavender dan chocolate

di pertengahannya gabungan
honeysuckle, magnolia dan muget

dan di akhiri dengan hasil gabungan
vetiver, bois de cashmere, teakwood dan amberLavender

Covet merupakan perfume yang ‘spicy & sweet floral‘. Haruman lemon menjadikan ia haruman yang bersih dan segar, Lavender menjadikan haruman ’spicy’ dan amber menjadikan haruman ’sweet’. Ia merupakan haruman yang paling mendapat perhatian dari Jenama ini.

Covet Pure Bloom pula merupakan haruman ke 3 yang dilancarkan dari jenama Sarah Jessica Parker. Perfume ini di andaikan sebagai ‘very sweet fragrance
ianya hasil gabungan dari purple plum, tuberose, coconut water, jasmine and pikake

Dawn, Lovely Endless, Lovely Twilight - The Lovely Collection di lancarkan pada tahun 2009. Merupakan haruman yang segar dan dan ketiga-tiga perfume ini lebih kepada haruman ‘lovely’.

Dapatkan Perfume Malaysia online hanya di http://www.impianwanita.com

Posted on December 31st, 2009 by admin with No Comments »

Lelaki dan Wangian

Lelaki juga perlukan wangian seperti wanita. Selain penampilan diri, haruman perfume juga dapat meningkatkan mood seseorang dan yang paling penting….wanita amat gemarkan lelaki yang berbau harum ;)

Pemilihan haruman perfume mampu serlahkan karektor seseorang. Masakini, perfume bukan hanya tertumpa pada kaum wanita sahaja, malahan lelaki zaman moden semakin menitik beratkan soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu. Imej maskulin lebih kepada haruman berunsur pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Haruman untuk lelaki juga lebih berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki dan lebih gemarkan perfume dari jenis tahan lama selain mementingkan imej sofistikated jenama haruman yang berprestij.

Lelaki urban lebih gemarkan wangian yang mempunyai ciri-ciri maskulin seperti dari jenama Sean John, Bvlgari, Hugo Boss, Giorgio Armani. Manakala haruman berunsur citrus seperti DKNY Men, Calvin Klein lebih kepada unsur yang menyegarkan.

Tip pilih minyak wangi ideal

1. Pilih kategori minyak perfume iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
2. Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.Kesilapan yang biasa adalah menyembur minyak wangi dibaju…
6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

Perfume boleh disimpan sehingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.

Pelbagai jenama perfume untuk lelaki boleh didapati di http://www.impianwanita.com. Christmas Sales masih lagi berjalan seperti biasa…

Posted on December 23rd, 2009 by admin with No Comments »

Salam Maal Hijrah & ‘HATI’

Salam Maal Hijrah…..

Agak lama tak upate blog ni, sempena Maal Hijrah semoga impian baru akan terlaksana dan diberkati. Setiap tahun akan ada impian-impian yang baru, impian saya pula semoga ‘HATI‘ ini akan terus terpelihara…

Oh yer, Jualan Murah ChristMas akan berakhir pada 26 hb Disember 2009. Pembelian selepas 20hb akan sampai agak lewat 3-4 hari dari kebiasaannya. Terima kasih kepada para pelanggan yang sudi berurusan di www.impianwanita.com. Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan dan pelanggan kami yang menyambutnya.

Bukan hanya diskaun sahaja yang akan kami berikan, ada juga beberapa ‘VOUCHER’ yang akan kami berikan bermula pada tahun 2010. Untuk mendapatkan ‘VOUCHER’ dan lain-lain info adalah dengan melanggan newsletter percuma kami, anda akan diberikan tips, ebook, ezine serta banyak lagi bahan-bahan yang menarik untuk kami kongsikan. Di samping itu, berita terbaru laman web kami (sudah tentunya berita baik) akan sampai ke mailbox anda secepat mungkin.

Untuk melanggan newsletter kami, sila isikan nama dan email anda di dalam borang yang disediakan di website www.impianwanita.com

Banyak pengalaman berniaga secara online ni, tentulah perkara utama berkaitan dengan kerenah pelanggan. “Customer is always right” perkataan yang biasa kita dengar…..hehehe..

Pelanggan impianwanita terdiri dari pelbagai lapisan bangsa, ada yang berbangsa Cina, India, Melayu dan dari website kami http://www.asiaperfume.com pula terdiri dari pelbagai bangsa di luar sana….

Majoriti pelanggan-pelanggan kami adalah baik-baik dan berfikiran terbuka, bersopan dalam tutur bicara, cuma apa yang dikesali ada segelintir bangsa sendiri yang mengeluarkan kata-kata yang agak kasar, tidak sopan dan tidak seperti penampilan yang sopan. Tindakan saya biasanya jangan lawankan gaduh..buat biasa jer…jawab email pun macam biasa jer…tunggu hati sejuk dulu baru jawab eh…

itulah namanya ‘HATI‘ perlukan peng’HIJRAH’an…….

salam…

Posted on December 18th, 2009 by admin with No Comments »