Tips agar wajah tidak nampak berminyak dengan foundation

Agar wajah tidak nampak berminyak dengan foundation…

Caranya :
Campurkan foundation dengan sedikit loose translucent powder. Loose powder tersebut akan menyerap lebihan minyak di dasar wajah. Wajah tidak akan kelihatan berminyak untuk jangka masa yang lama.

Posted on September 7th, 2008 by admin with No Comments »

Solekan menutupi parut jerawat

Concealer di gunakan untuk menutupi bekas jerawat terutama di bahagian pipi dan dahi. Kemudian sapukan bedak asas yang sesuai dengan warna kulit dan di ikuti dengan bedak tabur.

Warna hijau dan kuning keemasan di gunakan untuk pembayang mata. Kening di lukis dengan warna coklat muda dan eyeliner hitam di atas dan di bawah kelopak mata.

Pemerah pipi di sapukan agar solekan lebih bermaya dan nampak segar. Dan akhir sekali dengan sapuan lipstik atau lipgloss yang warna lembut. Lipgloss akan memberi kesan seksi pada bibir di samping nampak lebih segar !

Pelbagai jenama alat solek terdapat di pasaran pada masakini. Impianwanita memberi anda pelbagai pilihan alat solek/ make up yang segar dan terkini. Bukan itu sahaja, impianwanita juga akan sentiasa muncul dengan DISKAUN HEBAT untuk produk terpilih.

http://impianwanita.com/alat-solek-make-up-c-40.html

Posted on May 24th, 2008 by admin with No Comments »

Tawaran Diskaun Mega & Tips Lipstick Untuk Bibir Kecil.

Salam Sejahtera,

Istimewa kepada pelanggan Newsletter impianwanita

Kami menawarkan:

EXTRA 2% diskaun dengan pembelian 2 produk Makeup dan

EXTRA 7% diskaun dengan pembelian 3 produk Makeup

bermula dari hari ini sehingga 30 April 2008 sahaja.

Pakej ini termasuk 50% weekly offer.

http://impianwanita.com/weekly-offer-c-36.html

———————————————–

Jumpa lagi di minggu ini. Bagaimana dengan cuti hujung minggu yang lalu? Tentu seronok bersama keluarga / yang tersayang! Tips untuk minggu ini ialah pilihan warna lipstick/lipliner untuk bibir yang kecil.

Warna lipstick / lipliner yang sesuai untuk bibir yang kecil.

Jika anda memiliki bibir yang kecil, jangan sesekali membuat garisan bibir melebihi bibir anda yang kecil. Anda hanya perlu menggaris bibir seperti biasa dengan lipliner yang berwarna natural. Pilih warna lipstick yang terang dan elakkan warna lipstick yang gelap. Merah terang, pink atau oren merah akan membuatkan bibir akan lebih sempurna.

Selamat mencuba…

————————————————————-

Setiap minggu kami akan memilih produk yang menawarkan diskaun sebanyak 50%, bermakna setiap minggu produk diskaun kami akan bertukar ganti. Hanya sekali sahaja tawaran 50% untuk setiap produk! Jadi usah lepaskan peluang harga murah ini.
50% weekly offer

http://impianwanita.com/weekly-offer-c-36.html

dan juga tambahan diskaun sehingga 2% - 7% lagi untuk pembelian produk lebih daripada 1 (hingga 30 April 2008 sahaja).

Posted on April 28th, 2008 by admin with No Comments »

Makeup Untuk Kulit Medium/Gelap

Usah risaukan dengan warna kulit anda yang nampak sedikit gelap atau dengan kata lainnya sawo matang. Kini, terdapat pelbagai produk penjagaan wajah di pasaran yang menawarkan pelbagai jenama dan warna make up khas untuk anda yang berkulit medium atau sawo matang.

Beberapa tip make up untuk mereka yang berkulit sawo matang atau cenderung gelap.
Walau apa pun jenis kulit anda, perkara asas adalah dengan mencuci kulit wajah terlebih dahulu, diikuti dengan toner dan pelembab wajah.
Mulakan dengan foundation. Pilih warna foundation yang setara dengan warna kulit atau setingkat lebih gelap seperti beige atau brown kerana warna ini akan serata dengan warna kulit.
Kemudian dengan translucent compact powder. Dengan menggunakan span basah tekapkan di wajah dan di leher dan tekapkan sehingga ia merata, jangan di sapu.
Pilih blush dengan warna natural coklat atau merah maroon.
Gunakan maskara warna coklat. Begitu pula dengan eye linernya, ambil warna senada.
Untuk kelopak mata pula, pilih eyesahdow dengan warna soft brown, pink, kuning dan hijau muda. Untuk kesan shiny tambahkan sedikit warna keemasan pada bahagian bawah kelopak.

Jangan lupa menggunakan lipliner untuk membuat garisan bibir, pilih warna eyeliner yang senada dengan warna lipstick. Warna lipstick yang sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang /gelap seperti merah gelap atau merah coklat. Untuk bersantai pula anda boleh memilih warna pink atau peach, agar sesuai dengan suasana bersantai .

Ok sekarang anda boleh bersiap untuk keluar bersiar-siar…… dan rasa lebih yakin !

Posted on April 24th, 2008 by admin with No Comments »