“Happy Birthday” sayang mama Irfan

Hari ni 28 November 2008 birthday anak saya yang bongsu. Dah pun masuk 2 tahun. Dah pandai nyanyi sekarang ni. Apa yang saya nampak ifran ni sukakan muzik, mungkin persekitarannya ramai yang boleh bermain alat muzik kot… Sekarang ni dah ada keyboard, kena tunggu besar sikit mama belikan gitar pulak..
Irfan ni anak yang paling manja sekali, yelah anak bongsu katakan ; ). Tapi irfan ni ada sikit garang la….
Semua anak-anak saya lelaki, yang sulung Muhammad Farhan berumur 8 tahun, lahir pada 7/1/2001. Kedua Muhammad Danish berumur 7 tahun, lahir pada 7/6/2002 dan akhir sekali Muhammad Irfan, hari ini genap 2 tahun…(patutnya kalau semua nak no 7 kena tunggu jugak sampai 7/12 kan…..)
Pada mulanya anak no 3 ni di jangkakan seorang perempuan, memang la suka sangat, sebab dah ada 2 anak lelaki. At last masa kuar terkejut sangat rupanya anak lelaki….tapi Alhamdullilah semuanya sempurna dan selamat. Tak rasa terkilan pun, terkejut jer la….sebab nama baby girl pun dah ada…
Biasalah pas baby kuar nak letak nama. Tak fikir sangat pun pasal nama, terus jer letak nama Irfan…(sebab minat kat irfan khairi ..hahahahha….dan semoga berjaya macam Dr irfan jugak )
Akhir sekali sempena ‘ Happy Birthday’ i-pan
Semoga Muhammad Irfan menjadi anda yang baik, berjaya dunia & akhirat…
Mama dan Ayah sentiasa mendoakan agar semuanya berjaya !!!!!
mama sayang ipan….








