Lelaki dan Wangian

Lelaki juga perlukan wangian seperti wanita. Selain penampilan diri, haruman perfume juga dapat meningkatkan mood seseorang dan yang paling penting….wanita amat gemarkan lelaki yang berbau harum ;)

Pemilihan haruman perfume mampu serlahkan karektor seseorang. Masakini, perfume bukan hanya tertumpa pada kaum wanita sahaja, malahan lelaki zaman moden semakin menitik beratkan soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu. Imej maskulin lebih kepada haruman berunsur pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Haruman untuk lelaki juga lebih berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki dan lebih gemarkan perfume dari jenis tahan lama selain mementingkan imej sofistikated jenama haruman yang berprestij.

Lelaki urban lebih gemarkan wangian yang mempunyai ciri-ciri maskulin seperti dari jenama Sean John, Bvlgari, Hugo Boss, Giorgio Armani. Manakala haruman berunsur citrus seperti DKNY Men, Calvin Klein lebih kepada unsur yang menyegarkan.

Tip pilih minyak wangi ideal

1. Pilih kategori minyak perfume iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
2. Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.Kesilapan yang biasa adalah menyembur minyak wangi dibaju…
6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

Perfume boleh disimpan sehingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.

Pelbagai jenama perfume untuk lelaki boleh didapati di http://www.impianwanita.com. Christmas Sales masih lagi berjalan seperti biasa…

Bookmark: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon
This entry was posted on Wednesday, December 23rd, 2009 at 10:38 am and is filed under Perfume Murah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed. Posted on December 23rd, 2009 by admin with

Leave a Reply