Salam Maal Hijrah & ‘HATI’
Salam Maal Hijrah…..
Agak lama tak upate blog ni, sempena Maal Hijrah semoga impian baru akan terlaksana dan diberkati. Setiap tahun akan ada impian-impian yang baru, impian saya pula semoga ‘HATI‘ ini akan terus terpelihara…
Oh yer, Jualan Murah ChristMas akan berakhir pada 26 hb Disember 2009. Pembelian selepas 20hb akan sampai agak lewat 3-4 hari dari kebiasaannya. Terima kasih kepada para pelanggan yang sudi berurusan di www.impianwanita.com. Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan dan pelanggan kami yang menyambutnya.
Bukan hanya diskaun sahaja yang akan kami berikan, ada juga beberapa ‘VOUCHER’ yang akan kami berikan bermula pada tahun 2010. Untuk mendapatkan ‘VOUCHER’ dan lain-lain info adalah dengan melanggan newsletter percuma kami, anda akan diberikan tips, ebook, ezine serta banyak lagi bahan-bahan yang menarik untuk kami kongsikan. Di samping itu, berita terbaru laman web kami (sudah tentunya berita baik) akan sampai ke mailbox anda secepat mungkin.
Untuk melanggan newsletter kami, sila isikan nama dan email anda di dalam borang yang disediakan di website www.impianwanita.com
Banyak pengalaman berniaga secara online ni, tentulah perkara utama berkaitan dengan kerenah pelanggan. “Customer is always right” perkataan yang biasa kita dengar…..hehehe..
Pelanggan impianwanita terdiri dari pelbagai lapisan bangsa, ada yang berbangsa Cina, India, Melayu dan dari website kami http://www.asiaperfume.com pula terdiri dari pelbagai bangsa di luar sana….
Majoriti pelanggan-pelanggan kami adalah baik-baik dan berfikiran terbuka, bersopan dalam tutur bicara, cuma apa yang dikesali ada segelintir bangsa sendiri yang mengeluarkan kata-kata yang agak kasar, tidak sopan dan tidak seperti penampilan yang sopan. Tindakan saya biasanya jangan lawankan gaduh..buat biasa jer…jawab email pun macam biasa jer…tunggu hati sejuk dulu baru jawab eh…
itulah namanya ‘HATI‘ perlukan peng’HIJRAH’an…….
salam…
This entry was posted on Friday, December 18th, 2009 at 11:20 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed. Posted on December 18th, 2009 by admin with





Leave a Reply